Etika Forum Soal Jawab Agama. WAJIB BACA!!

Post new topic   Reply to topic

View previous topic View next topic Go down

Etika Forum Soal Jawab Agama. WAJIB BACA!!

Post  Admin on Sat Jan 03, 2009 3:37 pm

1. Ikhlaskan niat anda dalam bertanya, untuk mendapatkan kefahaman dan amalan, bukan untuk berdebat, mencetus kontroversi, menjatuhkan mana-mana pihak lain dan apa-apa niat yang tidak baik.

2. Periksa terlebih dahulu adakah soalan yang ingin dikemukakan sudah ditanya sebelumnya. Jika telah ada persoalannya, baca dahulu jawapan yang diberikan, sebelum meminta perincian kepada permasalahan.

3. Pastikan soalan yang diberikan diletakkan di dalam kategori yang betul untuk memudahkan penyusunan dan pencarian. Moderator berkatkmb akan memindahkan thread ke kategori yang lebih sesuai jika perlu.

4. Tajuk thread anda biarlah topik yang ingin ditanya seperti "hukum solat pada waktu haram" atau "Adakah mengundi wajib?" dan sebagainya. Jangan mulakan thread dgn tajuk "saya keliru", "tolong saya!!!", "confiusss!" dan sebagainya.

5. Ustaz/ah yang menjawab persoalan akan menjawabnya mengikut fahaman Ahlissunnah Waljamaah dengan Mazhab Syafie melainkan jika dirasakannya perlu menyebutkan pendapat-pendapat lain.

6. Forumer berkatkmb yang ingin membantu menjawab adalah dialu-alukan dengan syarat menjawab seperti etika no. 5 di atas. Pastikan juga jawapan tidak keluar daripada tajuk perbincangan. Jika perlukan persoalan lain, sila wjudukan thread yang baru.

7. Bahasa yang digunakan biarlah bersesuaian dengan akhlak Islami. Unsur-unsur perdebatan dan pertelingkahan adalah dilarang sama sekali. Cuba usahakan juga tulisan anda mudah dibaca mengikut laras bahasa yang kemas, dan tidak terlalu banyak kependekan.

8. Sebarang rujukan atau capaian ke laman-laman web yang tidak bersesuaian dengan etika di atas akan dipadam oleh moderator berkatkmb.

9. Moderator berkatkmb juga berhak mengubahsuai atau memadam mana-mana posting atau thread yang didapati melanggar etika di atas.

10. Soalan yang telah dijawab dengan jelas, dan dikunci oleh moderator berkatkmb, boleh dibuka semula jika ada kekeliruan dan penjelasan yang diperlukan. Sila PM moderator yang berkenaan.

11. Pastikan adab bertanya serta adab dengan guru di dalam Islam, dipelihara dengan baik.

12. Etika ini boleh diubahsuai mengikut keadaan dan maslahah yang ada.

Admin
Admin

Posts: 6
Join date: 03/01/2009
Age: 20

View user profile http://berkatkmb.forumotion.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


Permissions of this forum:
You cannot reply to topics in this forum